Friday 14 December 2012

Hilang ingatan ??

Tepi-tepi !! Gadis Sepatu Merah nak lalu !! (^__^)v


Hai hai ~
Assalamualaikum..

Hari neh entry saya, saya nak bercerita pasal peristiwa yang berlaku pada saya masa sem 1 di Uitm. Okay, pada yang tahu. meh nak kaborkan. saya neh baru je menjadi lepasan 'Diploma pengajian Sukan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara Perlis' (sangat detail kan saya bagi?) Apa yang jadi kat saya masa sem 1 tu ? saya 'TERLANGGAR TIANG FUTSAL'. Haaa. acaner boleh terlanggar ? Sini ler teman nak bercerite. 


Bagi gegirl sartorius nama batch (sartorius neh ialah muscle dalam badan manusia. ia terletak di bahagian paha. ia juga antara muscle yg terpanjang) setiap malam akan ada fitness test. kami sebenarnya adalah sebagai bahan uji kaji kepada lecturer kami. kami budak sport neh pula suka buat perlawanan persahabatan dengan batch2 lain dalam fakulti kami neh. Satu malam tu kami ada game dgn senior part berapa ntah. Lupa dah. Lepas dari buat fitness test tu kami pun turun gelanggang futsal utk game. Fitness test tu kat gym Uitm jee. Game futsal plak kat sport complex jugak. situ jee. Ehh. kejap. Game tu lepas kelas calculus kot. lupa laa. adoiiii. (ini la masalah saya) Antara dua tu laa. 

Lepas warm up apa semua kami pun turun la main. selalunya aku tak main pun. sebab aku neh low profile sikit. pastu malam tu dyowg suruh aku main. so aku main laa. tengah syok2 main, aku dengan semangat nak selamatkan bola dari outside. terlajak lari da tak sempat nak brek aku terlanggar tiang goal. kat bahagian belakang kepala neh. Dekat dengan kawasan cerebellum. time tu aku macam okay sikit. Bila dah lama sikit aku dok pegang kepala dan tiba2 aku menangis dan sakit. pastu aku dibawa ke tepi dan di beri rawatan. masa tu aku nangis. tak lama tu aku diam dan temenung. aku temenung sampai habis game.

masa perjalanan balik dari sportcom ke kolej kediaman, aku dan beberapa kawan dan juga seorang 'scandal' aku time tu, aku jadi macam seorang yang pelik. kenapa taw aku cakap macam tu. tiba2 aku dari diam tak bercakap dari masa aku dapat rawatan tu aku cakap dan aku tanya dyowg 'kita dari mana ? kenapa kita semua pakai baju hitam ? kenapa kita jalan ramai2 neh ?' Dah semua pelik plak tengok aku dengan soalan macam tu. 'scandal' aku pun tanya la aku. 'yana cakap apa neh ? apa yana mengarut neh ? kita dari sportcom laa' dan aku terus blur dan terus blur. 'kita buat apa kat sana ?' kawan2 semua pelik dengan keadaan aku dan terus berhenti jalan dan pulihkan balek keadaan aku. Aku terus dan terus tanya soalan yg sama dan kawan2 terus cakap kat aku benda yg sama jee. dan aku asyik cakap kepala sakit. dyowg semua dah mula risau. dan cakap kat aku jangan fikir dah benda tu. balek rehat dan tidur. jangan fikir. esok pagi dyowg cerita. okay. fine !


masa kat tangga nak ke kolej perempuan tu sempat lagi sidia nasihatkan aku jangan fikir banyak. balek basuh kaki dan tidur. dia sempat mintak tolong roomate aku tngok2 kan aku. How sweet ! hehe. aku yg blur neh pun turut perintah. apa jadi malam tu aku tak ingat. esok pagi masa bagun aku rasa sakit kepala. gi kelas macam biasa. pastu masa dalam kelas semua tanya aku apa yang jadi. Tanya aku plak. mana aku nak taw ! aku tak ingat apa2. lepas tu semua org cerita la kat aku apa yg jadi. ada yg tambah2 cerita. saja nak kenakan aku. masa dyowg tanya aku time tu kepala aku sakit sebab paksa diri untuk ingat. lepas tu kawan aku yg sorang neh perasan dengan keadaan aku yg memaksa utk aku ingat sampai sakit, dia pun cakap kat kawan2 stop dari suruh aku ingat. so, benda tu stop macam tu. dalam seminggu memang dyowg masih lagi dok sebut2. 

begitu la cerita nya. sebenarya apa yg jadi masa sebelum game dan masa game tu aku tak ingat pape until now ! semua neh kawan2 yang cerita balek kat aku. Dan tiap kali aku cuba utk cerita kat org dan cuba ingat aku akan sakit kepala. sekarang neh pun aku dah start sakit kepala. tapi aku gigih jugak ak buat entry neh untuk berkongsi pengalaman dengan semua yg membaca blog aku neh. benda neh bukan aku buat cerita. memang betul jadi. lepas je jadi peristiwa tu aku memang suka lupa banyak benda. Contohnya, aku memang senang lupa bab jalan. tapi idak le semua benda aku lupa. sikit2 je. so, sekarang neh aku hanya berdoa agar aku tak la jadi lupa yg teruk. nanti susah kalau aku sambung belajar lagi. semua benda lupa. tapi alhamdulillah. Allah masih sayang aku dan aku tak teruk. cuma beberapa benda je aku lupa. bab jalan memang aku akan cepat lupa. kena guna GPS la. hehe. 

sampai sini je la cerita aku yang tak berapa nak sedih neh. hehe. okay tunggu entry yang seterusnya. :)


love being myself (^__^)v

Monday 10 December 2012

jom daftar sebagai ahli rasmi KRISTALOVERS

Tepi-tepi !! Gadis Sepatu Merah nak lalu !!

Hai hai !!
Assalammualaikum..

Entry kali neh saya nak promote mengenai 'AHLI RASMI SEBGAI KRISTALOVERS' acaner nak jadi daftar ? apa benefits yg akan dapat? okay, disini admin akan terangkan. (amboi ! mention admin tu)

okay, first skali korang kena la 'LIKE' page KRISTALOVERS (KLS) kat facebook. ataupun follow twitter KRISTALOVERS (KLS). Sebabnya, disitu la segala info mengenai club dan juga segala aktiviti KRISTAL dan peminat akan diberitahu. Dan juga korang boleh 'ADD FRIEND'. sesudah like or add korang boleh PM admin disitu untuk mendapatkan keterangan lanjut. tak susah pun kan ? Jangan malu-malu dan segan la untuk chat2 dengan admin. admin neh bila tak nampak muka dia neh senang sikit nak layan. tak malu sikit. tapi bila dah depan2 pemalu nye pun keluar laa. hehe. 

Apa yang perlu korang isi kan ? korang akan disuruh untuk kasi detail korang. iaitu :

Nama penuh : 
Alamat :
no i/c :
Email :
No hp :

korang akan disuruh beri detail ini dulu. sebenarnya, banyak lagi detail yang korang kena isikan. tapi itu akan diisi melalui borang rasmi yang akan diberikan melalui email. admin akan send borang rasmi tersebut. tapi mula-mula neh korang kena isi detail yang diberi neh laa. 

Dah isi borang mesti la korang nak taw kan apa benefits nya ? semestinya la ada benefits nya. Antaranya :

  • setiap program yang akan diadakan untuk KRISTAL DAN PEMINAT / KLS akan mendapat special price yang berpatutan. hanya ahli KLs yang berdaftar secara rasmi sahaja yang akan mendapat special price. tapi bayaran pun akan dibayar secara berpatutan laa mengikut jenis program yang diadakan.
  • Jika korang mendaftar secara rasmi sebagai ahli club, korang akan diberi MEMBERSHIP CARD. dimana, kad tersebut ada function nya. Sebagai contoh, sesiapa yang mempunya kad ahli ini, kalau korang pergi karoke kat REDBOX (contoh) korang tunjuk je kad neh dan akan dapat diskaun. Tak pun kalau korang nak beli cd KRISTAL dan korang beli kat MUSIC VALLEY (contoh) korang akan dapat diskaun jugak. (tapi, ini masih dalam perbincangan. kata muktamad akan diberitahu setelah kad tersebut boleh digunakan)
  • Selain dari itu, korang juga akan dapat TSHIRT FAN CLUB DESIGN TERBARU KRISTAL. Kiranya. tshirt neh tshirt rasmi laa. kalau ada pape event dengan KRISTAL boleh la pakai tshirt neh. orang lain tak akan ada tshirt neh. yang berdaftar secara rasmi je yang akan dapat. 
  • Selain itu, sebagai tanda penghargaan club KLs, ahli2 club akan dapat keychain logo KRISTAL. boleh la korang gantung mana2 sebagai tanda korang neh ahli club. 
  • Mungkin ada penambahan lagi, tapi masih dalam perbincangan. kesemua pakej ini akan disertakan bayaran sebagai bayaran pendaftaran. jangan risau. takde nya mahal laa. berpatutan la dengan apa yang korang akan dapat nanti kan. untuk menguatkan lagi finance bagi KLs.

Haaa. paham kan semua ? kalau tak paham lagi boleh la terus direct tanya kat fb/twitter. kalau sesiapa yang kenal dengan admin boleh tanya terus la kat admin. senang cerita gi je kat page KLs. lagi senang. semua info ada kat situ. kalau ada apa2 penambahan nanti admin akan bagitahu yee. kot kalau terlupa. sekarang neh, neh yang saya ingat. hehe. 


Do like page KRISTALOVERS :

https://www.facebook.com/pages/KRISTALovers-KLs/293753690710872?fref=ts


love being myself (^__^)v

Monday 3 December 2012

Hai new blog !

Tepi tepi !! Gadis Sepatu Merah nak masuk (^__^)v

hai hai ~
assalammualaikum..
 first sekali saya nak bagi tahu, neh account blog saya yang ke-dua. biasa la, orang macam saya neh memang cepat pelupa. nak tahu kenapa saya neh cepat lupa ? haaa. nanti la saya cerita.

Untuk first entry untuk blog baru saya neh marilah saya memperkenalkan diri saya yang tak seberapa nak besar neh. nampak dak keskemaan saya ?

saya hanya lah seorang gadis kecil (tak la berapa kecik sangat) yang sangat sempoi. saya tak memilih untuk nak berkawan dengan sesiapa pun. saya seorang yang sangat keras kepala. benda apa yang saya nak mesti saya nak jugak. termasuk la nak boifren. kalau saya nak dia tu saya nak jugak dia. orang lain tak boleh ambil ! (hehehe. tipu je laa)

saya neh anak bongsu dari dua orang adik beradik. yang sulung kakak saya. faham-faham la macam mana perangai anak bongsu kan ? manja terlebih. nak-nak pulak ada dua orang je adik beradik. 

wujudnya saya didunia neh adalah hasil dari usaha abah dan mama saya laa. tak kan dari pokok plak kan ? (buat laka laka sikit. hehe :) ) saya dilahirkan pada 3 march 1991 di bagan serai perak (tak sempat nak bawak pi hospital. lahir kat rumah je )

cerita sikit-sikit dah la naaa. hehhe. 
okay, bersambung ke entry yang seterusnya plak. 


~love being myself. (^_^)