Thursday 28 February 2013

melatah !

Tepi-tepi !! Gadis Sepatu Merah nak lalu !

Hai-hai ~~
Assalammualaikum..

kali ni punya cerita aku nak cerita pasal latah.
Tahu kan latah?
Latah, melatah, latahan dan seangkatan.
Cerita ni confirm la cerita pasal aku. 
Sebab blog aku kan?
hehehehehehehehe.

Aku time sekolah dulu memang ratu latah.
Elok plak kawan baik aku yang satu kelas dan duduk sebelah aku ni pun melatah juga.
Kami melatah bukan sebab kawan dua orang.
Aku melatah dan dia yg duduk sebelah aku pun jadi melatah sebab berjangkit dengan aku.
Kami ni rapat sejak satu kelas la.
Tu yang dia berjangkit dengan aku tu.
Bila dah duduk sekali, kawan-kawan syok la kacau.
Ye la. kacau sorang dua-dua yang kena.
Sabo je la kan.
Start melatah yang teruk ni masa form 4.
Sebab aku terkejut je pun. Bukan melatah teruk.
Pastu dah semua dok kacau tu yang metah teruk.
Penat oo nak melatah.
Aku ni plak sport person.
Sebab tu aku malas nak masuk acara yang memerlukan tembakkan pistol.
Sat lagi elok plak aku aku melatah kat starting block.
Masa form 1 sampai 3, 5 acara olahraga yang aku masuk 4 darinya memerlukan tembakan pistol.
(800m, 1500m, 400m. Yang relay plak 4x100 dan 4x400. Tapi yang 400m tu form 1 je. masuk form 2 sampai 5 aku jaguh triple jump. tau apa tu? Lompat kijang laa)

Aku ni jugak seorang ahli kadet bomba. Aku banyak la masuk kawad kaki. Masa kawad memang selalu la kena kacau. 
Budak-budak kadet dapat tahu aku melatah masa gi kem kokorikulum kat pangkor.
Masa tu kat dalam ferry. 
Sebenarnya yang tahu aku latah hanya lah kawan-kawan baik aku je. yang satu batch dengan aku.
Elok pulak time tu kena kacau.
Habih satu ferry gelakkan aku dan kacau aku.
Aku siap nak terjun ferry lagi.
Nasib baik la yang kacau tu dah prepare nak pegang aku sebab tau aku akan terjun ferry.
Bahaya betul. sanggup depa kacau aku macam tu.
Dah sampai kat pusat kokorikulum pangkor, ingatkan sekolah kami je.
Rupanya, banyak lagi sekolah yang join.
Mula-mula sampai aku dapat cover lagi.
Elok plak time tu ada benda jatuh. 
Haaaa. apa lagi. Keluar la suara aku yang comel ni.
Dah satu dewan gelakkan aku.
Lepastu asyik dok kena kacau laa.
Jadi la popular sat aku kat situ sebab latah.


Walaupun aku melatah, tapi aku ni leader kawad kaki kadet bomba okey !
Aku jugak pada permulaan nya Leader untuk pasukan Perak masa perkhemahan kebangsaan.
Tapi disebabkan suara aku ni slow sikit. So, jurulatih dapat kesan seorang yang boleh bagi arahan dengan kuat.
so, aku jadi second leader la.
Tapi tapi tapi !
Aku leader terbaik sekolah hokey !!!
Mengalahkan kadet polis yang suara jantan tu.

Penah melatah sampai pengsan? haaa. 
aku la tu. hahahah.
kedasyatan kawan-kawan aku kacau aku melatah sampai aku pengsan.
Aku pulak jenis yang cepat nak pengsan.
Sekali dah pengsan takot plak kawan-kawan aku.
Haaaaaaa.
Baru hampa nak taw takot nuh !
Hampa ingat tak penat ke?
Sekarang latah aku dah takde.
Sebab masa aku masuk u takde siapa yang kacau aku.Maka, latah aku pun dah ok laa.
Masa gi BTN hari tu, tengok abang-abang kristal melatah. Skali dengan krew-krew depa lagi melatah. Jantan tu. Bukan perempuan.
Aku boleh paham perasaan depa. 
Macam mana penatnya.
Macam mana malunya.
Aku ni jenis latah yang ikut apa orang cakap.
Terjun ferry.
Gigit tiang.
Masa latihan olahraga aku baling kasut spike kat orang,
Nasib baik tak luka.
Kalau orang suruh lari setempat aku lari la.
Sebenarnya bahaya taw melatah ni.
Tambah kalau yang teruk-teruk tu.
Macam-macam boleh jadi. boleh sampai bawa maut.
So, kawan-kawan yang mana kaki kacau orang latah tu hentikan laa.
Kesian kat orang-orang yang melatah ni.
Kita sambung lagi. 
daaaaa.

Love being myself (^_^)v

Saturday 23 February 2013

AMARAN ! JANGAN BACA INI !!

Tepi-tepi !! Gadis Sepatu Merah nak lalu ! (^_^)v

Hai hai ~~
Assalammualaikum..

Entry saya hari ni saya tak nak kamu semua baca. Better hampa semua jangan baca. 
Kalau dah baca, sila stop sampai sini saja.
Okay ? 
Masih baca ? 
Kan dah cakap jangan baca.
Laaaaaaaaaa....
Baca lagi?
Okay, last warning. 
Sila jangan baca. 
Degil jugak kan ?
Masih dok baca juga sampai sini ?
Tu la manusia. Benda yang orang tak bagi baca nak baca jugak.
Tapi nie memang betul-betul. JANGAN BACA.

Buat blog nie, ada je orang dengki. Tiap kali masuk entry baru mesti dia nak complain.
Siapa taw dak? DEKLAH ! Beliau nie sepupa saya.
Dia punya dengki tu tahap gaban.
Taw dia kata apa?
Illah benci baca blog kak yana. Sebab,
1- blog dia warna warni
2- Tulisan kecik
3- Tak nampak tulisan sebab warna tulisan.
4- muka dah depan pc tapi tetap tak boleh baca jugak.
Tengok ! Betapa kedengkinya beliau dengan saya.
Tapi sebab dia benci baca blog saya, saya pun tukar la skit.
Letak warna tulisan yang bagi nampak.
Lepas tu, tengok tulisan dah besar kan? Haaaa. Hope boleh buka mata dia yang sepet tu seperti biasa la supaya tak dia tak payah nak buka mata besar-besar dan tak perlu nak melekat kat pc untuk baca blog saya ni.
(Dia mesti baca punya la. sebab dia nie kalau orang tak bagi lagi tu dia nak baca jugak. lagi kata jangan lagi tu dia baca. pastu lepas ni mesti dia bising kat twitter. hahahah. akak dah cakap. jangan baca. deklah nak baca jugak kan? haaaa. amek kau. akak cerita pasal deklah terus. hahahahhahahahahaha)

Lagi satu, ada serang sepupu 'kebencian' saya nie, suka sangat dok stalk saya. 
Kalau dia on je twitter, dia mesti akan ke profile saya dulu untuk tengok apa yang saya tweet.
Lepas tu, abeh la semua pakat dia dok RT. 
Penuh la TL dengan tweet-tweet saya yang lepas-lepas.
Dia nie pun satu masalah. 
Dia mesti akan suka pada siapa yang saya suka.
Artis mana saya suka mesti dia pun ada suka jugak sekali.
Antaranya:
Amai kristal
Awie
Agcoco
Adi Putra.
(taste-taste aku semua huruf A je. Nasib baik dia tak amek A sebenar saya tu, Encik 'A'. kalau tak. memang nak kena la kan)
Tapi ada jugak yang saya tersuka sebab dia dok sebut-sebut pasal orang tu. 
Antaranya:
Aepul Drama
Ully 
Acap Kristal
Tapi sebenarnya, saya tak kisah pun siapa yang saya suka dan dia pun suka. Sebab dia kan sepupu 'kebencian' saya.
So, tak kisah pun. Kami boleh la berkongsi cerita dan kegedikkan bersama. Orang lain tak pun. Dan dia juga la yang paham saya.
Mesti dia pun akan baca juga entry ni. sebab dia ni kan akan stalk saya. so, semua entry saya dia akan baca. walaupun dah cakap dari awal jangan baca. naaaaahhh. kan dah kena juga.

Manusia seterusnya yang menjadi mangsa. Budak ni saya kenal disebabkan oleh satu ikatan persahabatan didalam satu fans club artis kesayangan kami. KRISTAL BAND.
Dia nie suka dalam diam-diam je stalk orang. Tiba-tiba ada je muncul kat twitter.
Tapi kadang-kadang takdak pun nampak ciri-ciri ada kat TL.
Tup-tup tengok dok RT.
Dia nie pun mesti dok rajin baca blog juga nie. 
Sebab dia novelist.
Mesti rajin la membaca kan.
Of course la kenal dia masa kami join kem BTN with kristal.
Nampak pendiam je mula-mula.
Sekali tu, huh, boleh tahan jugak dia nie.
Yang best nya, dia ni sempoi.
Nampak la ciri-ciri seorang kakak dan kematangan dalam pemikiran.
Satu je perasan pasal dia nie. Dia suka dok buat cemas semacam. Apa dia nak buat mesti dia akan tanya orang pastu cakap 'Ehh. takpe ke? kite takot la kak'
Haaa. itu la dia. 
(Dia nie pun mesti dok stalker jugak ni. mesti dia pun baca sampai sini juga. kalau tak mesti dia taktaw saya dok kutuk. Haaa. tu la. degil. orang kata jangan baca. tapi nak baca juga. Kan dah kenaaaa)

Seterusnya ni, manusia terpenting dalam hidup waaa laa.
Waa dah kenal dia dah 22 tahun.
Dia nie garang. suka marah-marah waa.
Masalah dia ni, suka dok buat teruk dengan bf dia.
Pengotor dengan bf dia. kentut merata la. korek hidung bagi kat orang laa.
Bab shopping waa suka laa kalau dia ajak.
Sebab nanti dia belanja.
Hahahha.
Tak tau la dia nie rajin ke tak baca blog waa nie.
Ye laa. dia nie bz kerja.
Tapi waa sangat respect dia sebab dia nie kuat semangat.
Kalau musuh kasi dia satu kali, dia bagi ganda 10 kali.
Pastu mulut boleh tahan peramah dengan orang.
Bukan macam waa.
Waa pendiam sikit. Hehehe.

Nie yang hampa dok baca sampai sini sapa suruh?
Kan dah cakap jangan baca.
Yang pi baca jugak kenapa?
Degil betul laa.
Kan dah tau sendiri yang saya kutuk hampa.
ish ish ish
yang hampa yang tak dak dalam cerita ni pun baca jugak?
Memang hampa sangat rajin nak baca blog nie.
Dah bagi taw tadi jangan baca.
Ye laaaa. Kita nie manusia sama je. Yang orang tak bagi buat yang tu la yang kita nak buat.
Contohnya, hampa laa. Baca benda yang orang tak bagi baca.
Haihhhhhh.

Okay laaa. Sampai sini saja. Sorry ye kalau ada yang terasa. Saja nak melawak dan saja suka-suka. Takdak niat pun nak sakitkan hati sesiapa. Lepas nie hampa jangan sampai tak baca plak entry baru. Kot dah merajuk ke kan? Sorry naaa. 
(^___^)v



Love being myself. (^_^)v 

Thursday 21 February 2013

Sekolah Rendah

Tepi-tepi ! Gadis sepatu merah nak lalu !! (^_^)

hai hai ~
Assalammualaikum..

Entry kali ni nak cerita pasal peristiwa yang pernah berlaku pada saya masa sekolah rendah.
Perististiwa ni aku tak kan lupa sampai bila-bila.

TAK AKAN LUPA DAN TAK MUNGKIN LUPA !

Selalunya bila aku cerita kisah ni kat orang, orang akan gelak kat aku.
biadap !

Peristiwa ni berlaku masa aku umur 9 tahun bersama darjah 3.
Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Matang Buluh Bagan Serai Perak.

Cikgu matematik aku iaitu PN ROHANI aku tak akan lupakan nama ni !
Beliau ni dah la mata besar macam lalat.
Lepas tu dia punya cubit macam apa lagi.
Suatu hari, beliau ada bagi kerja sekolah yang sangat banyak.
Masa tu plak aku tak pi sekolah sebab demam.
Time dulu-dulu budak sekolah rendah mana ada handphone lagi.
Jadi aku tak taw la keja sekolah apa. 
Seminggu aku tak pi sekolah. 
(Aku kalau dah demam tak ngeti nak demam sat-sat punya. mau seminggu demam)
Maka, keja matematik seminggu juga la aku tak buat. 
Sehari 50 soalan matematik dia bagi.
3 hari seminggu.
Tu belum campur yang salah jawapan.
Kalau salah jawapan, 10 kali kena buat soalan yang sama kalau satu salah.
Bayangkan la berapa banyak.

Bila time dia minta buku latihan, aku bagi jugak.
Tapi, kosong la. Aku tak buat.
Apa lagi, kena la.
Nak taw kena apa? 
Sat nak senaraikan.

1) kena TENGKING depan kelas.

2) kena PUKUL dengan PEMBARIS BESI kat tapak tangan.

3) kena CUBIT dekat PERUT menggunakan KUKU dia yang TAJAM.

4) kena CUBIT dekat LENGAN.

5) kena BERDIRI tepi pintu kelas.

6) Buku kena LEMPAR ke luar kelas.

7) Kena POTPET dengan dia sambil MATA LALAT dia nak TERKELUAR.

dan yang paling tak tahan dan yang paling aku ingat sampai sekarang membuatkan aku malu teruk,

8) Kena hantar ke DARJAH 1. kelas yang paling LAST. Dengan budak-budak yang cikgu MALAS masuk kelas.

Hampa bayangkan. Aku masa tu darjah 3. Kena belajar dengan budak darjah 1. Waktu rehat plak lain dengan  darjah 3. Darjah 1 rehat awal. Time budak-budak kelas aku yang darjah 3 mai tengok aku kat kelas. Hampa bayangkan la betapa malu nya aku. Bila cikgu-cikgu kelas darjah 1 ni bagi soalan. confirm-confirm budak-budak tu tanya aku. Dan aku pulak kena la buat kerja tu. Tak kan nak dok diam je. Tempat duduk aku pulak kat sudut bacaan kat belakang. kerusi dan meja pandang belakang. aku kena pusing untuk dengar cikgu mengajar kat depan. Apa yang aku rasa?

1) MALU
2) BENCI
3) DENDAM
4) MEYAMPAH

Apa yang aku buat?

1) AKU BERDENDAM DENGAN CIKGU TU
2) AKU TAK KAN MAAFKAN DIA SEBAB MALUKAN AKU
3) AKU MENYUMPAH DIA
4) AKU RASA NAK BUNUH DIA
5) AKU RASA NAK SEPAK MUKA DIA
6) AKU RASA NAK MALUKAN DIA BALIK

Tu yang aku fikir. 
Tapi, aku dok kat darjah 1 dua hari je.
Sebab time tu adik aku satu kelas dengan aku. 
Adik aku ni sama umur dengan aku.
Masa darjah 3 kami satu kelas.
Dia bagi taw kat abah aku yang aku kena turun darjah.
Abah pun pi sekolah dan jumpa dengan cikgu matematik tu.
Abah pulak tengking dia.
Aku dok jauh je time tu.
Aku tengok je la.
Gelak dalam hati.

PADAN MUKA HANG CIKGU MATA LALAT !

Bila dah masuk kelas abah suruh salam cikgu.
aku salam cam tu je.
cikgu tu plak terus suara ketaq je masa mengajar.
kerja sekolah pun tak bagi.
mengajar pun sikit-sikit.

Aku memang benci cikgu tu. Tapi aku suka math.
Math aku 'A' masa sekolah rendah.
Setiap ujian aku akan score 'A'.
Sampai la UPSR still 'A'.

Sampai sekarang memang aku ingat peristiwa tu. 
Tiap kali ingat, aku akan bayangkan muka geram aku kat cikgu tu.
Siap ada asap keluar dari telinga lagi.

Itu je la. Memang sekarang aku pun tengah marah bila ingat balik.
okay. jumpa lagi.
bai bai.

Love being myself (^_^)v



Nak cakap sikit. sikit je.

Tepi-tepi !! Gadis sepatu merah nak lalu !! (^_^)v

Hai hai~~
Assalammualaikum..

Entry kali ni saya nak cakap pasai design baru blog ni.
Design baru ni saya telah menelaah laptop selama 5 jam. 
5 jam dok depan lappy sebab nak cari template yang ok dan bersesuaian.
fade up punya pasal, last-last jumpa la yang ni.
Cantik ke tak taktaw la.

Sebelum ni punya design, masuk dengan colour tulisan yang warna warni.
masuk je design yang ni dah tak kena dengan warna nya.
So, mintak maaf la kepada sesiapa yang baca entry sebelum-sebelum nie tak dapat nak baca dengan jelas. 
sekarang punya entry no more warna warni tulisan nya.
semuanya satu warna je bagi hampa semua tak sakit mata nak baca. 

Disebabkan semua orang dok rajin buat entry kat blog, so, saya tak mau kalah.
saya akan selalu buat entry bagi hampa tak larat nak baca. 
terutama sekali kakak saya dan jugak deklah !

Hahahhaha.

Sikit je la nak cakap pasal benda ni. 
So, mulai saat ini saya akan tukar style saya berblogging.
Harap semua maafkan saya sebab kalau baca entry yang lama hampa akan sakit mata. 

Hehehe.

Okay, nanti kita sambung cerita dengan entry yang baru. 


Love being my self (^_^)v

Sunday 17 February 2013

Cinta Cyber

Tepi tepi ! Gadis Sepatu Merah nak lalu !!

Assalammualaikum.. 
hai hai !!

Entry kali ni nak cerita pasal cinta cyber. korang penah tak mengalami cinta cyber ni? Saya penah ! hahahah. cinta cyber ni ada yang merbahaya. Ada jugak yang boleh membawa kita ke jinjang pelamin. Ye la. jodoh kan ditentukan Allah. mana-mana pun kita boleh jumpa kan? Tapi more to negative la pasal cinta cyber ni. Ye idak? Sekarang ni kan zaman cyber. Boleh katakan semua orang ada Facebook, twitter la apa lagi la. Dari sekecil-kecil budak sekolah sehingga la nenek-nenek da atok-atok mesti ada akaun-akaun laman sosial ni. Nak ikot perkembangan kan. Kang dikatakan buta cyber la. 

Banyak keburukan dan juga kelebihan yang ada dalam laman sosial ni. Tapi mak bapak kita nampak yang negative je la kan. Ye la, kang terabai plak pelajaran bagi student. Yang putus cinta plak banyak la kemaruk nak cari yang baru kat laman sosial ni. Ramai la yang meroyan. Baca je setiap status yang keluar, nahaiiiii, geli plak nak membaca kan. yang pos pasal nasihat ke pasal agama ke isu semasa ke takde nya orang nak membaca. Bukan la tak dak. Ada la tapi segelintir je. 

Bila dah ada nya akaun laman sosial ni maka berjumpa la dengan orang yang tak penah kenal la, tak penah jumpa la. macam-macam lagi laa. Pastu dok chat-chat apa bagai, jatuh cinta la kononnya. Bertukar-tukar number kata ko. Bercinta la walaupun tak kenal. Ehh. kenal la bila dah bersembang, berchat apa semua. Jumpa belum lagi. Kat profile picture bukan main pose dia. Kalah Erra Fazira. Dok buat la muka comel. Edit apa bagai. Letak bunga-bunga skit, love-love skit. hamboiiii. kemain comel dia. Yang laki plak kemain macho. Tu yang berkenan kat hati tu. Padahal tak kenal pun kan. Bercinta berbulan-bulan. Pastu jumpa suatu hari tu. Yang bernasib baik tu dapat la muka sama macam dalam profile picture. Yang tak bernasib baik plak? La la tu jugak ke nak clash? ish ish ish. apa ke nasib orang kena macam tu. 

Bercerita pasei cinta-cinta cyber ni, teman nak la bercerite pasal teman yang penah jugak bercinta cyber ni. Malu plak teman nak cerite. Ate, itu masa zaman sekolah dulu haa. Kome sume tahu tak kat astro dedulu ada astro @15 yg ada chat-chat tu. Yang tv sebelah dia tu kecik jee. Dok ulang-ulang akademi fantasia dolu-dolu tu? Haa. ada le teman daftar diri nak chat-chat kat situ. Kemain satu chat 50sen. Zaman sekolah dulu banyak la duit nak topup. Pastu berkawan la dengan sorang mamat ni. orang Klang kate ko. Kawan-kawan pe semua berkenan laa. Pastu kapel laa. hamboiii. awai tak kalot aihh. tak penah jumpa tapi selamber je kapel. Berapa bulan kawan pastu ada reeki nak pi KL. Boleh la jumpa si boifren ni. Sebelum jumpa tu ada la tengok gambar apa semua. Memang tinggi beno orang nya. Muka pun memang muka yang dalam gambar laa. Memang dia la kan. Pastu jenjalan la kat mydin Subang. Sebab dia ada hal tak boleh lama-lama. Bayangkan dia dari Klang datang KL. Jauh tuuu.... tapi kalau nak bandingkan dengan aku yang dari perak ni. Haaaa. mana lagi jauh? korang kira sendiri. Jalan punya jalan. Ada gi kedai silver. Dapat rantai silver kau nyahhh. Hahhaha. gumbira tidak terkata laa. Pastu balik. Itu je la jumpa. Sedih kot. Sebab hati dah mula sayang. Makin lama makin sayang. Hamboiiii. saya ka time tu sekolah lagi. Tiap-tiap hari dia la yang kejutkan. Sweet tak? HEhehe. Dalam 11 bulan kapel cam tu aku plak la buat hal. Ye la. budak sekolah. Dia ni terlalu jujur. contact ex dia relax je kasi tahu aku. Sebab dia cakap saja la nak contact. Okay ! paham. Lepas tu dia bagi number aku kat ex dia suruh dia bagai aku yang depa takde pape. Aku ni plak jenis yang tak bolh tahan lama. Cepat bosan. AKu baru nak ubah perangai dia plak buat aku tetap dengan perangai aku. Apa lagi, mintak clash laa. hehe. Lepas dari tu ada la jugak contact dia. tapi sekarang dah lose contact terus dia dah. 

Gitu la ceritanya. Takde la best mana. Cuma saja nak cakap. Jangan percaya sangat dengan cinta cyber ni. ada yang ok dan ada yang bahaya. Macam kena jual kat luar negara apa tu semua. Hope korang takde la terjebak dalam tu. Nak bercinta pun biar yang kenal. Nak berkawan pun hati-hati. Takde la dalam segantang pisang semua nya busuk kan? Janji kita pandai pilih. Itu jee. Jangan terlalu nak berseronok dengan laman sosial sampai harian kita diabaikan. Tu jee. Nak bercinta dengan artis pun biar la yang betul-betul kenal. ehhh. tetiba plak ini apa kehey nye?  okay, nasihat tu abaikan. HAHAHHAHA. 

Itu je la yang nak cerita. tunggu next entry plak. Malas sikit nak buka blog ni sebab masalah lappy yang sangat menyakitkan dan hanya lanyak dicampak di sungai perak. hehehe.

Love being myself (^_^)v