Thursday 21 February 2013

Sekolah Rendah

Tepi-tepi ! Gadis sepatu merah nak lalu !! (^_^)

hai hai ~
Assalammualaikum..

Entry kali ni nak cerita pasal peristiwa yang pernah berlaku pada saya masa sekolah rendah.
Perististiwa ni aku tak kan lupa sampai bila-bila.

TAK AKAN LUPA DAN TAK MUNGKIN LUPA !

Selalunya bila aku cerita kisah ni kat orang, orang akan gelak kat aku.
biadap !

Peristiwa ni berlaku masa aku umur 9 tahun bersama darjah 3.
Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Matang Buluh Bagan Serai Perak.

Cikgu matematik aku iaitu PN ROHANI aku tak akan lupakan nama ni !
Beliau ni dah la mata besar macam lalat.
Lepas tu dia punya cubit macam apa lagi.
Suatu hari, beliau ada bagi kerja sekolah yang sangat banyak.
Masa tu plak aku tak pi sekolah sebab demam.
Time dulu-dulu budak sekolah rendah mana ada handphone lagi.
Jadi aku tak taw la keja sekolah apa. 
Seminggu aku tak pi sekolah. 
(Aku kalau dah demam tak ngeti nak demam sat-sat punya. mau seminggu demam)
Maka, keja matematik seminggu juga la aku tak buat. 
Sehari 50 soalan matematik dia bagi.
3 hari seminggu.
Tu belum campur yang salah jawapan.
Kalau salah jawapan, 10 kali kena buat soalan yang sama kalau satu salah.
Bayangkan la berapa banyak.

Bila time dia minta buku latihan, aku bagi jugak.
Tapi, kosong la. Aku tak buat.
Apa lagi, kena la.
Nak taw kena apa? 
Sat nak senaraikan.

1) kena TENGKING depan kelas.

2) kena PUKUL dengan PEMBARIS BESI kat tapak tangan.

3) kena CUBIT dekat PERUT menggunakan KUKU dia yang TAJAM.

4) kena CUBIT dekat LENGAN.

5) kena BERDIRI tepi pintu kelas.

6) Buku kena LEMPAR ke luar kelas.

7) Kena POTPET dengan dia sambil MATA LALAT dia nak TERKELUAR.

dan yang paling tak tahan dan yang paling aku ingat sampai sekarang membuatkan aku malu teruk,

8) Kena hantar ke DARJAH 1. kelas yang paling LAST. Dengan budak-budak yang cikgu MALAS masuk kelas.

Hampa bayangkan. Aku masa tu darjah 3. Kena belajar dengan budak darjah 1. Waktu rehat plak lain dengan  darjah 3. Darjah 1 rehat awal. Time budak-budak kelas aku yang darjah 3 mai tengok aku kat kelas. Hampa bayangkan la betapa malu nya aku. Bila cikgu-cikgu kelas darjah 1 ni bagi soalan. confirm-confirm budak-budak tu tanya aku. Dan aku pulak kena la buat kerja tu. Tak kan nak dok diam je. Tempat duduk aku pulak kat sudut bacaan kat belakang. kerusi dan meja pandang belakang. aku kena pusing untuk dengar cikgu mengajar kat depan. Apa yang aku rasa?

1) MALU
2) BENCI
3) DENDAM
4) MEYAMPAH

Apa yang aku buat?

1) AKU BERDENDAM DENGAN CIKGU TU
2) AKU TAK KAN MAAFKAN DIA SEBAB MALUKAN AKU
3) AKU MENYUMPAH DIA
4) AKU RASA NAK BUNUH DIA
5) AKU RASA NAK SEPAK MUKA DIA
6) AKU RASA NAK MALUKAN DIA BALIK

Tu yang aku fikir. 
Tapi, aku dok kat darjah 1 dua hari je.
Sebab time tu adik aku satu kelas dengan aku. 
Adik aku ni sama umur dengan aku.
Masa darjah 3 kami satu kelas.
Dia bagi taw kat abah aku yang aku kena turun darjah.
Abah pun pi sekolah dan jumpa dengan cikgu matematik tu.
Abah pulak tengking dia.
Aku dok jauh je time tu.
Aku tengok je la.
Gelak dalam hati.

PADAN MUKA HANG CIKGU MATA LALAT !

Bila dah masuk kelas abah suruh salam cikgu.
aku salam cam tu je.
cikgu tu plak terus suara ketaq je masa mengajar.
kerja sekolah pun tak bagi.
mengajar pun sikit-sikit.

Aku memang benci cikgu tu. Tapi aku suka math.
Math aku 'A' masa sekolah rendah.
Setiap ujian aku akan score 'A'.
Sampai la UPSR still 'A'.

Sampai sekarang memang aku ingat peristiwa tu. 
Tiap kali ingat, aku akan bayangkan muka geram aku kat cikgu tu.
Siap ada asap keluar dari telinga lagi.

Itu je la. Memang sekarang aku pun tengah marah bila ingat balik.
okay. jumpa lagi.
bai bai.

Love being myself (^_^)v



0 comments:

Post a Comment