Thursday, 28 February 2013

melatah !

Tepi-tepi !! Gadis Sepatu Merah nak lalu !

Hai-hai ~~
Assalammualaikum..

kali ni punya cerita aku nak cerita pasal latah.
Tahu kan latah?
Latah, melatah, latahan dan seangkatan.
Cerita ni confirm la cerita pasal aku. 
Sebab blog aku kan?
hehehehehehehehe.

Aku time sekolah dulu memang ratu latah.
Elok plak kawan baik aku yang satu kelas dan duduk sebelah aku ni pun melatah juga.
Kami melatah bukan sebab kawan dua orang.
Aku melatah dan dia yg duduk sebelah aku pun jadi melatah sebab berjangkit dengan aku.
Kami ni rapat sejak satu kelas la.
Tu yang dia berjangkit dengan aku tu.
Bila dah duduk sekali, kawan-kawan syok la kacau.
Ye la. kacau sorang dua-dua yang kena.
Sabo je la kan.
Start melatah yang teruk ni masa form 4.
Sebab aku terkejut je pun. Bukan melatah teruk.
Pastu dah semua dok kacau tu yang metah teruk.
Penat oo nak melatah.
Aku ni plak sport person.
Sebab tu aku malas nak masuk acara yang memerlukan tembakkan pistol.
Sat lagi elok plak aku aku melatah kat starting block.
Masa form 1 sampai 3, 5 acara olahraga yang aku masuk 4 darinya memerlukan tembakan pistol.
(800m, 1500m, 400m. Yang relay plak 4x100 dan 4x400. Tapi yang 400m tu form 1 je. masuk form 2 sampai 5 aku jaguh triple jump. tau apa tu? Lompat kijang laa)

Aku ni jugak seorang ahli kadet bomba. Aku banyak la masuk kawad kaki. Masa kawad memang selalu la kena kacau. 
Budak-budak kadet dapat tahu aku melatah masa gi kem kokorikulum kat pangkor.
Masa tu kat dalam ferry. 
Sebenarnya yang tahu aku latah hanya lah kawan-kawan baik aku je. yang satu batch dengan aku.
Elok pulak time tu kena kacau.
Habih satu ferry gelakkan aku dan kacau aku.
Aku siap nak terjun ferry lagi.
Nasib baik la yang kacau tu dah prepare nak pegang aku sebab tau aku akan terjun ferry.
Bahaya betul. sanggup depa kacau aku macam tu.
Dah sampai kat pusat kokorikulum pangkor, ingatkan sekolah kami je.
Rupanya, banyak lagi sekolah yang join.
Mula-mula sampai aku dapat cover lagi.
Elok plak time tu ada benda jatuh. 
Haaaa. apa lagi. Keluar la suara aku yang comel ni.
Dah satu dewan gelakkan aku.
Lepastu asyik dok kena kacau laa.
Jadi la popular sat aku kat situ sebab latah.


Walaupun aku melatah, tapi aku ni leader kawad kaki kadet bomba okey !
Aku jugak pada permulaan nya Leader untuk pasukan Perak masa perkhemahan kebangsaan.
Tapi disebabkan suara aku ni slow sikit. So, jurulatih dapat kesan seorang yang boleh bagi arahan dengan kuat.
so, aku jadi second leader la.
Tapi tapi tapi !
Aku leader terbaik sekolah hokey !!!
Mengalahkan kadet polis yang suara jantan tu.

Penah melatah sampai pengsan? haaa. 
aku la tu. hahahah.
kedasyatan kawan-kawan aku kacau aku melatah sampai aku pengsan.
Aku pulak jenis yang cepat nak pengsan.
Sekali dah pengsan takot plak kawan-kawan aku.
Haaaaaaa.
Baru hampa nak taw takot nuh !
Hampa ingat tak penat ke?
Sekarang latah aku dah takde.
Sebab masa aku masuk u takde siapa yang kacau aku.Maka, latah aku pun dah ok laa.
Masa gi BTN hari tu, tengok abang-abang kristal melatah. Skali dengan krew-krew depa lagi melatah. Jantan tu. Bukan perempuan.
Aku boleh paham perasaan depa. 
Macam mana penatnya.
Macam mana malunya.
Aku ni jenis latah yang ikut apa orang cakap.
Terjun ferry.
Gigit tiang.
Masa latihan olahraga aku baling kasut spike kat orang,
Nasib baik tak luka.
Kalau orang suruh lari setempat aku lari la.
Sebenarnya bahaya taw melatah ni.
Tambah kalau yang teruk-teruk tu.
Macam-macam boleh jadi. boleh sampai bawa maut.
So, kawan-kawan yang mana kaki kacau orang latah tu hentikan laa.
Kesian kat orang-orang yang melatah ni.
Kita sambung lagi. 
daaaaa.

Love being myself (^_^)v

0 comments:

Post a Comment