Sunday 17 February 2013

Cinta Cyber

Tepi tepi ! Gadis Sepatu Merah nak lalu !!

Assalammualaikum.. 
hai hai !!

Entry kali ni nak cerita pasal cinta cyber. korang penah tak mengalami cinta cyber ni? Saya penah ! hahahah. cinta cyber ni ada yang merbahaya. Ada jugak yang boleh membawa kita ke jinjang pelamin. Ye la. jodoh kan ditentukan Allah. mana-mana pun kita boleh jumpa kan? Tapi more to negative la pasal cinta cyber ni. Ye idak? Sekarang ni kan zaman cyber. Boleh katakan semua orang ada Facebook, twitter la apa lagi la. Dari sekecil-kecil budak sekolah sehingga la nenek-nenek da atok-atok mesti ada akaun-akaun laman sosial ni. Nak ikot perkembangan kan. Kang dikatakan buta cyber la. 

Banyak keburukan dan juga kelebihan yang ada dalam laman sosial ni. Tapi mak bapak kita nampak yang negative je la kan. Ye la, kang terabai plak pelajaran bagi student. Yang putus cinta plak banyak la kemaruk nak cari yang baru kat laman sosial ni. Ramai la yang meroyan. Baca je setiap status yang keluar, nahaiiiii, geli plak nak membaca kan. yang pos pasal nasihat ke pasal agama ke isu semasa ke takde nya orang nak membaca. Bukan la tak dak. Ada la tapi segelintir je. 

Bila dah ada nya akaun laman sosial ni maka berjumpa la dengan orang yang tak penah kenal la, tak penah jumpa la. macam-macam lagi laa. Pastu dok chat-chat apa bagai, jatuh cinta la kononnya. Bertukar-tukar number kata ko. Bercinta la walaupun tak kenal. Ehh. kenal la bila dah bersembang, berchat apa semua. Jumpa belum lagi. Kat profile picture bukan main pose dia. Kalah Erra Fazira. Dok buat la muka comel. Edit apa bagai. Letak bunga-bunga skit, love-love skit. hamboiiii. kemain comel dia. Yang laki plak kemain macho. Tu yang berkenan kat hati tu. Padahal tak kenal pun kan. Bercinta berbulan-bulan. Pastu jumpa suatu hari tu. Yang bernasib baik tu dapat la muka sama macam dalam profile picture. Yang tak bernasib baik plak? La la tu jugak ke nak clash? ish ish ish. apa ke nasib orang kena macam tu. 

Bercerita pasei cinta-cinta cyber ni, teman nak la bercerite pasal teman yang penah jugak bercinta cyber ni. Malu plak teman nak cerite. Ate, itu masa zaman sekolah dulu haa. Kome sume tahu tak kat astro dedulu ada astro @15 yg ada chat-chat tu. Yang tv sebelah dia tu kecik jee. Dok ulang-ulang akademi fantasia dolu-dolu tu? Haa. ada le teman daftar diri nak chat-chat kat situ. Kemain satu chat 50sen. Zaman sekolah dulu banyak la duit nak topup. Pastu berkawan la dengan sorang mamat ni. orang Klang kate ko. Kawan-kawan pe semua berkenan laa. Pastu kapel laa. hamboiii. awai tak kalot aihh. tak penah jumpa tapi selamber je kapel. Berapa bulan kawan pastu ada reeki nak pi KL. Boleh la jumpa si boifren ni. Sebelum jumpa tu ada la tengok gambar apa semua. Memang tinggi beno orang nya. Muka pun memang muka yang dalam gambar laa. Memang dia la kan. Pastu jenjalan la kat mydin Subang. Sebab dia ada hal tak boleh lama-lama. Bayangkan dia dari Klang datang KL. Jauh tuuu.... tapi kalau nak bandingkan dengan aku yang dari perak ni. Haaaa. mana lagi jauh? korang kira sendiri. Jalan punya jalan. Ada gi kedai silver. Dapat rantai silver kau nyahhh. Hahhaha. gumbira tidak terkata laa. Pastu balik. Itu je la jumpa. Sedih kot. Sebab hati dah mula sayang. Makin lama makin sayang. Hamboiiii. saya ka time tu sekolah lagi. Tiap-tiap hari dia la yang kejutkan. Sweet tak? HEhehe. Dalam 11 bulan kapel cam tu aku plak la buat hal. Ye la. budak sekolah. Dia ni terlalu jujur. contact ex dia relax je kasi tahu aku. Sebab dia cakap saja la nak contact. Okay ! paham. Lepas tu dia bagi number aku kat ex dia suruh dia bagai aku yang depa takde pape. Aku ni plak jenis yang tak bolh tahan lama. Cepat bosan. AKu baru nak ubah perangai dia plak buat aku tetap dengan perangai aku. Apa lagi, mintak clash laa. hehe. Lepas dari tu ada la jugak contact dia. tapi sekarang dah lose contact terus dia dah. 

Gitu la ceritanya. Takde la best mana. Cuma saja nak cakap. Jangan percaya sangat dengan cinta cyber ni. ada yang ok dan ada yang bahaya. Macam kena jual kat luar negara apa tu semua. Hope korang takde la terjebak dalam tu. Nak bercinta pun biar yang kenal. Nak berkawan pun hati-hati. Takde la dalam segantang pisang semua nya busuk kan? Janji kita pandai pilih. Itu jee. Jangan terlalu nak berseronok dengan laman sosial sampai harian kita diabaikan. Tu jee. Nak bercinta dengan artis pun biar la yang betul-betul kenal. ehhh. tetiba plak ini apa kehey nye?  okay, nasihat tu abaikan. HAHAHHAHA. 

Itu je la yang nak cerita. tunggu next entry plak. Malas sikit nak buka blog ni sebab masalah lappy yang sangat menyakitkan dan hanya lanyak dicampak di sungai perak. hehehe.

Love being myself (^_^)v

2 comments:

ilaa shuhaimi said...

pisang segantang ka ? bhahah

Unknown said...

weii. salah. bukan segantang laa. hahaha. setandan. :p

Post a Comment